DUNGUN: Jenazah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah di Kuala Lumpur pagi tadi, selamat dikebumikan malam ini.
Allahyarham Zolkples, 62, yang menjawat jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007 hingga 2014 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di sini pada pukul 10.40 malam.
Selain ahli keluarga, turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Zolkples telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Seri Petaling, di Kuala Lumpur sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Gong Pasir di sini.
BACA: Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Selain Ketua Pengarah MSN, Zolkples pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2010 yang menyaksikan Malaysia merangkul sembilan pingat emas sekali gus merupakan pencapaian terbaik kontinjen negara sepanjang penyertaan pada temasya sukan berkenaan.
Berikutan kejayaan itu, Allahyarham sekali lagi diberikan kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.
Zolkples juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
Jenazah Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya pada pukul 10.40 malam. - BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ops Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Tumpuan Selasa - 14 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: Pakar psikologi BAM sedia program baharu bantu persiapan pemain
Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan bakal memperkenalkan program baharu yang direka khas untuk membantu persiapan pemain ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Jenazah Zolkples selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya pada pukul 10.40 malam.
Kematian Zolkples tiada unsur jenayah - Polis
Pemeriksaan di tempat kejadian dan tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.
Jenazah Zolkples akan dikebumi di Dungun, Terengganu
Dijangkakan sekitar 3.30 petang nanti, jenazah akan terus dibawa ke Dungun, Terengganu bagi urusan pengebumian.
Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples
Hampir mustahil IPC mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli 'dirompak'.
Sasaran pingat Olimpik Tokyo 2020 langkah berani, realistik, mampu dicapai
Persediaan atlet negara yang terjejas sepanjang tempoh pandemik membataskan penyertaan mereka dalam kejohanan antarabangsa.
BAM selar kenyataan Zolkples
BAM menegaskan kenyataan Zolkples itu sama sekali tidak akan membantu situasi, sebaliknya menjatuhkan semangat para pemain.
Presiden BAM nafi pemain muda 'bernasib baik' di Filipina
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menafikan pemain muda ke Sukan SEA Filipina yang berjaya meraih tiga pingat emas atas sebab mereka 'bernasib baik'.
Kontinjen Sukan SEA tidak dibenar masak sendiri
Datuk Seri Zolkples Embong berkata ia adalah bagi memastikan keselamatan dan menggelak atlet dan pegawai dari negara lain mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Sukan SEA: Dataran Merdeka belum pasti jadi venue memanah
Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) mampu untuk mengambil alih tugas sebagai venue acara memanah dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan.